Di Situ Bermulanya Tarbiyah.. (1)

Bismillahirrahmanirrahim..

masa21

Alhamdulillah, selesai berprogram untuk Muqayyam adik-adik universiti selama tiga hari di Jitra. Walau hanya tidur di tadika, alhamdulillah dapat buat pelbagai aktiviti outdoor dengan adik- adik lepasan sekolah, universiti-UUM, UNIMAP dan UITM Perlis. Alhamdulillah dapat berukhwah dengan mereka. Be with them banyak mengingatkan diri tentang awal- awal pentarbiyahan dulu..Terasa satnya masa berlalu..Seakan-akan sperti semalam baru join usrah.

Permulaan tarbiyah di matrikulasi, dan sambung di UUM..-letak UUM first choice lagi(^_@)..masa tu mind set tentang sebuah uni xxx agak sosial..so, tak amik uni tu + arwah mak suruh amik UUM, yang dekat ja..walau hati time memberontak..nak pi yang jauh sedikit..(^_^)

Semasa kat matrikulasi: tak pernah balik hujung minggu masa pelepasan hujung minggu kecuali cuti wajib, sebab ada program + terkejut dengan perubahan subjek sains semasa sekolah menengah kepada budak akaun.Alhamdulillah, everything goes well and mak ayah ok =) Pi outing pun, rasa sekali ja sepanjang dua semester di matrikulasi…hope aura tu still ada sampai sekarang..aura study yang dirindui…

Pertemuan dengan tarbiyah mengajarku untuk lebih berdikari. Semasa semester 1 di UUM, hanya diri ni sorang yang duk asrama, tapi luar kampus….Memang rasa tough gila time tu..sebab tak suka pi mana2 sorang..walau uum serve bas..he.

Dari situ diri ni belajar untuk berdikari.

1. Prepare bahan untuk ke Usrah

2. Naik bas sorang2 untuk pertemuan usrah setiap minggu/ pi terus bawak barang2 untuk tidoq bilik kak usrah setiap minggu

**dapat share banyak pengalaman dari depa-selalu stay di DPP(Asrama Tradewinds/Muamalat/Sime Darby)

3. Korban hujung minggu untuk program

Awal-awal memang tak infom sangat mak dan ayah…tapi sekali tu terkantoi ada program…Sebab kami semua sedang tunggu bas MARA nak balik UUM dari Jitra…tetiba arwah mak and ayah mai tegur, sebab ternampak and  depa on the way back from masjid…he..senyum and salam ja mak ayah..

(Tu dulu,,,,sekarang depa lah yang banyak menyokong..tq mak ayah-moga mak ayah dapat saham akhirat–hadiah tak seberapa dari cek ;’) )

4. Dari situ, diri ni berkenalan dengan usrahmate yang senior,hanya diri ini dan arifah sahaja dari semester 1..

rasa gerun jugak time tu…selama ni berusrah dengan sebaya sahaja..

Teringat soalan diri ini kepada Murabiyah…

“Usrah dengan senior ka?kena present bahan dengan depa?” he

Nampak sangat kebudak-budakan time tu.(peace)

Jazakillah kepada akak2/akhwat yang pernah usrah denganku..Alhamdulillah, masih berjumpa dengan mereka di program besar ISMA atau agensi2 bawah ISMA..rasa wow, masya Allah..terasa suatu perasaan, kasih sayang yang overexcited apabila jumpa depa…rasa cam tak percaya pun ada..Moga Allah terus tetapkan hati- hati di jalan ini till the end of my life

(#_T)–mood terharu. ;’)terima kasih Allah.

Sampai sini dulu…nanti sambung story..

Dari hamba Allah yang nak berkongsi,

Siti Nazirah Mohammad Nawawi

-Tak kisah kita berbeza fikrah,yang penting kita seaqidah-

(^_^)

Kesempatan itu..

Bismillah…

Alhamdulillah, telah banyak ruang dan peluang yang Allah berikan sepanjang tidak mengupdate blog ini.

Sekali puji bagi Allah, yang mengizinkan aku mengikuti kak usrahku, ke sebuah matrik untuk slot usrah bersama adik-adik yang bakal fly in sha Allah. Perjalanan yang setengah jam dari Alor Setar untuk ke Matrikulasi, terasa peluh seakan-akan menitik ke dahi…tapi tak menitik pun..sebab naik kereta =)

Alhamdulillah, yang hadir dalam 10 orang..Walau sekejap cuma, tetapi tetap bermakna..melihat aura adik-adik yang berpotensi rasa…Perghh…kerdil seketika…tuan punya blog ni pun dalam negara ja….he..Tetapi, tetap bersyukur kerana menemui tarbiyah ISMA=) Alhamdulillah…mana mungkin aku akan menjadi seperti hari ini…Apabila Allah berkehendak Dia mampu ubah segala- galanya walau di benak kita mungkin mustahil, dan pernah berangan jadi seorang yang up-to-date dengan fesyen…just never hesitate His power.

Kak A membuka majlis, tadabbur kalam Quran, dan talk sorang sedikit perkongsian kepada adik2.

Antaranya:

Tanda-tanda Cinta Allah kepada Hamba-Nya.

  1. Dapat nikmat Islam
  2. Terdetik rasa hati untuk berubah ke arah yang lebih baik (Kesolehan)
  3. Kelembutan(sensitif untuk buat maksiat)
  4. Sabar dalam ketaatan, sabar daripada melakukan kemaksiatan
  5. Husnul Khatimah
  6. dan lain-lain

Actually, terlalu banyak tanda cinta Allah kepada kita….tapi adakah kita termasuk dalam kalangan mereka yang TAHU dan SEDAR?

Apa-apa pun,

Moga adik-adik bakal menjadi pelapis dakwah di mana berada..especially yang paling dekat dengan hatiku, adik-adik UUM dan adik-adik KLS….moga Allah pilih kita untuk menjadi mata-mata rantai perjuangan dakwah Rasulullah s.a.w…(Faham ka?takpa….lama2 yang tak faham, akan faham pilih anda betul2 istiqamah di jalan ini….)

“Tarbiyah hari ini, Kepimpinan hari esok”