Pejuang Qassam…

Nukilan sahabatku;) ANNA HANI.

14 Julai 2014
Aku mula mengagumi dia,

aku mula mencari2 siapakah dia yang sebenar,

apa yang sedang dia lakukan, semua berkaitan dia,

ku cari semuanya, semakin kucari, semakin kutemui dan semakin kukenal,

aku semakin mengagumi, semakin merindui,semakin ku tertarik,

namun, kutahu, aku hanya aku berbanding dia,

kerkedilan ku semakin terasa, semakin ku cemburui dia,

semakin ku rasa tertewas pada dia, semakin ku rasa aku tidak punya apa2,

semakin ku rasa tertipu dgn semua yang ada, dialah sebenar2 pahlawan dunia,

dia lah sebenar2 hamba, ketika yang lain mendada,

membangga diri, dia semakin melindungi dari dikenali,

memakai topeng menutupi muka.

ketika yang lain semakin tunduk takut pada yang batil,

semakin takut pada yang hakiki,

semakin berani maju kehadapan,

walau tahu itu mungkin saat akhir didunia.

dialah pemuda Al-Qassam…

 

 

Advertisements

Ramadhan ke 23

Alhamdulillah, Allah telah sampaikan kita ke penghujung Ramadhan. Walau berat hati untuk meninggalkan Ramadhan, masih banyak impian yang belum betul – betul tercapai, moga Allah masih mendengar rintihan hamba-hamba – Nya!

Ramadhan kali ini agak teruji buat diri, dengan hanya tinggal bertiga di rumah dalam kebanyakan hari di bulan Ramadhan. Terlalu banyak yang perlu dibaiki lagi, dan benar- benar termuhasabah sejauh mana ana mengejar masa,mencuri masa untuk Allah, atau terlalai untuk Allah.

Pertama- tama, sama-sama kita muhasabah sejauh mana cinta kita kepada Allah, sejauh mana sedeqah kita di masjid, mahupun buat saudara seIslam kita di Gaza?Tidak kisahlah, sama ada dalam bentuk wang ringgit, senjata doa dan lain -lain. Yang penting USAHA itu MESTI!!hu

Dalam kesibukan kerja atau belajar, ana rasa itu bukan halangan untuk kita terus beribadah, bermunajat kepada Allah, namun mungkin sebab hati kita makin jauh dari Allah, menyebabkan hati kosong, tidak rasa apa – apa. Nauzubillah. Yuk, gencarkan lain zikir kita kepada Allah, dan sentiasa bersangka baik dengan Allah dalam apa jua keadaan, Yakinlah, Allah sedang merancang yang terbaik buat diri kita.

Pesanan untuk diri sendiri dan teman,

Untuk lihat sejauh mana cinta kita kepada Allah, lihat sejauh mana kesanggupan,kesungguhan dan pengorbanan kita untuk meletakkan Allah di dasar hati.

“Allahumma A’fuwwun Kareem…..”

Salam 10 malam terakhir Ramadhan.

#Moga Ramadhan kali ini lebih baik daripada Ramadhan yang lain.

RAMADHAN KE- 4

Alhamdulillah, Allah telah sampaikan kita semua kepada Ramadhan hari ke 4. Moga hari yang kita lalui semakin bermakna walau seringkali kita ada khilafnya. Kawal perasaan marah, kurang sabar, nafsu makan yang overdose bizikrillah. Sebagai insan yang ditarbiyah, tentu sekali kita mesti menjadi contoh. Namun, apabila bertembung dengan kehendak orang lain yang tidak ‘sebulu’ dalam keluarga membuatkan kesederhanaan itu kurang menjadi nyata. Bersyukur itu harus menjadi point utama dalam bulan Ramadhan ini, dan berharap kesungguhan dalam beribadah.

Bagi ana sendiri, mengakui agak susah untuk mengamalkan kesederhanaan. Bagi ana sendiri, makan satu lauk pun takpa…sebabkan my big weakness is cepat mengantuk kalau dah kenyang(daripada zaman universiti lagi)……Mungkin perlukan masa untuk terangkan kat my big young brother pasal kelebihan bulan Ramadhan…he..In sya Allah yakin boleh..

Ramadhan bulan Tarbiyah, yang aku harap dapat menjadi hamba Allah yang lebih baik, dan bersyukur juga bertemu dengan rakan ODOJ(One Day One Juz) walaupun sekadar bertemu di Whassap. Fastabiqul Khairat..Ayuh, berlumba-lumba dalam membuat kebaikan.

Apapun, sentiasa bersangka baik dengan Allah, dan mungkin Allah nak melatih ana untuk menjadi hamba Allah yang kental dan kuat bermujahadah.

In sha Allah.

 

SAlam Ramadhan Kareem,

4 Ramadhan 1435H.