Alhamdullillah..selesai exam 2 paper baru:)
Mencari motivasi untuk tetap bersemangat menuntut ilmu??
Jom sama2 kita berusaha menghayati tadabbur quran dan dengar certain lagu yang membuatkan kita bersemangat waja…:)
Jom…jihad menuntut ilmu.
Dengarkan lagu Ahmad Ammar….kalau malam2 dengar, memang nangis.
Moga kita semua meletakkan ikon yang betul bukan berdasarkan kehendak nafsu.
“Jika dulu kita pernah meletakkan artis2 barat,
penyanyi yang sodap suaranya, artis korea sebagai icon…
moga kita beralih kepada ikon yang lebih baik,
yang menyumbang kepada bangkitnya potensi kita,
dan bangkitkan kita daripada kelalaian,
dan bertemu redha-Nya…”
p/s: untuk diri sendiri juga..
Ya Allah, jadikan kami pencinta ilmu-Mu…amin.
Trailer | Single Terbaru R-iF | Ahmad Ammar
Tika hayat yang tidak dikenang
Tika hidup yang tidak dipandang
Kerana keikhlasan kerana kejujuran
Hanya satu impian keredhaan Tuhan
Hanya satu impian taman syurga
Perlu ada keredhaan Allah dalam amalan kita
Sekiranya Allah Redha
Sedangkan seluruh dunia berpaling daripadamu
Maka itu tidak penting
Biar tak dikenali penduduk bumi
Tapi masyhur di kalangan penghuni langit
Kejayaan hakiki bukan di dunia
Akhirat sana matlamat utama
Ahmad Ammar
Lagu : AMAR, Lirik : AMAR & Ahmad Ammar