Ahlan Ramadhan Kareem!

Bersediakah kita menyambut Ramadhan Kareem.

Terasa diri malu untuk mengaku di hadapan Allah, bahawa diri ini mengalu2kan kedatangan Ramadhan. Kerana Allah lebih tahu akan hakikat yang sebenar.😢

 

Alhamdulillah, pembelajaran di  kelas bahasa arab berkisar perayaan orang Islam; Raya Aidilfitri & Aidiladha.

 

Sebelum tu, ustaz dah bertanya,

كيف ستقابل شهر رمضان الكريم؟

“Bagaimana engkau akan bertemu Ramadhan?”

ماذا فعلت؟

“Apa yang kau buat?”

Antara amalan yang boleh dilakukan:

1. MEMAAFKAN ORANG LAIN

2.SOLAT TAUBAT

3.ZIKRULLAH

4.SEDEQAH

5. BERPUASA

6. BACA QURAN

DAN LAIN2…

Actually banyak lagi..tapi ia sesuatu yang mengetuk pintu hatiku, antara amalam2 ni, apa yang betul2 aku laksanakn? ALLAH lebih tahu perihal diriku..

Ustaz bercerita mengenai seorang sahabat yang dijanjikan syurga kepadanya, walhal dia tidak punya amalan yang ‘special’ spt bangun malam, atau solat sunat dll. Seorang sahabat lain telah tidur di rumahnya selama 3 hari untuk mengetahui amalan apa yang dia lakukan sehingga Nabi kata dia layak masuk syurga!

Namun setelah 3 hari, tidak ditemuinya amalan yang istimewa, lalu ditanya kepada sahabat tersebut.Dia menjawab, amalamnya hanya SEBELUM TIDUR DIA MEMAAFKAN SEMUA ORANG. Tidur tanpa hasad terhadap manusia lain.Masha Allah!

Rancang kematian kita dengan sebaik2nya.Mudah2an ada amalan yang kita istiqamah lakukan, dan Allah pandang.

Sekadar renungan bersama😢

Jom bersedia menyambut Ramadhan.

 

17 Mei 2017

Hayyu asyir,

10:59 malam

Advertisements