Taqwa

 

Surah al-Baqarah, ayat ke-2 : Tafsir Fi Zilal

AYAT 2-TAQWA

Hati yang hidup akan melahirkan taqwa, in sha Allah. Moga taqwa mampu ditegakkan dengan amal yang membumi kerana Allah,dan kita berusaha memahami kata “taqwa” seperti Umar al-Khattab.

Sambungan tafsiran ayat ini, turun disambung dengan:

taqwa 2

 

Masha Allah. sangat terkena dengan batang hidung diri sendiri. Dalam diri kita, memang sangat akrab dengan ujian2 ini, yang menarik kita untuk mencintai dunia berbanding ketaqwaan kepada Allah. Taqwa yang akan ‘menapis’ amalan kita sama ada kita memilih kebaikan atau keburukan dalam hidup, yang pastinya akan memberikan keputusan di Akhirat kita nanti.

Salam 7 Ramadhan 1438H.

 

-banyakkan berdoa supaya kita menjadi hamba pilihan Allah untuk bangun bermunajat kepada-Nya-

 

#projekramadan1

#bacatafsir

#hayati

 

Ahlan Ramadhan Kareem!

Bersediakah kita menyambut Ramadhan Kareem.

Terasa diri malu untuk mengaku di hadapan Allah, bahawa diri ini mengalu2kan kedatangan Ramadhan. Kerana Allah lebih tahu akan hakikat yang sebenar.😢

 

Alhamdulillah, pembelajaran di  kelas bahasa arab berkisar perayaan orang Islam; Raya Aidilfitri & Aidiladha.

 

Sebelum tu, ustaz dah bertanya,

كيف ستقابل شهر رمضان الكريم؟

“Bagaimana engkau akan bertemu Ramadhan?”

ماذا فعلت؟

“Apa yang kau buat?”

Antara amalan yang boleh dilakukan:

1. MEMAAFKAN ORANG LAIN

2.SOLAT TAUBAT

3.ZIKRULLAH

4.SEDEQAH

5. BERPUASA

6. BACA QURAN

DAN LAIN2…

Actually banyak lagi..tapi ia sesuatu yang mengetuk pintu hatiku, antara amalam2 ni, apa yang betul2 aku laksanakn? ALLAH lebih tahu perihal diriku..

Ustaz bercerita mengenai seorang sahabat yang dijanjikan syurga kepadanya, walhal dia tidak punya amalan yang ‘special’ spt bangun malam, atau solat sunat dll. Seorang sahabat lain telah tidur di rumahnya selama 3 hari untuk mengetahui amalan apa yang dia lakukan sehingga Nabi kata dia layak masuk syurga!

Namun setelah 3 hari, tidak ditemuinya amalan yang istimewa, lalu ditanya kepada sahabat tersebut.Dia menjawab, amalamnya hanya SEBELUM TIDUR DIA MEMAAFKAN SEMUA ORANG. Tidur tanpa hasad terhadap manusia lain.Masha Allah!

Rancang kematian kita dengan sebaik2nya.Mudah2an ada amalan yang kita istiqamah lakukan, dan Allah pandang.

Sekadar renungan bersama😢

Jom bersedia menyambut Ramadhan.

 

17 Mei 2017

Hayyu asyir,

10:59 malam

Image

Tundukkan Egomu…

Bismillah…

 

Maha Suci Allah yang memberikanku kekuatan untuk menulis malam ini. Baru2 ini terinspirasi dari seorang hamba Allah yang bersemangat untuk menulis novel, untuk menampung rawatan suaminya. Bahkan dia mampu untuk menulis dan menyiapkan beberapa karya dalam satu masa. Masha Allah, satu motivasi untuk diriku yang mengaku bergelar daie. Fikrah Islam yang dibawa seharusnya, membuahkan hasil dan berkongsi dengan orang lain, untuk lebih merasai manisnya tarbiyah.

Mungkin untuk permulaan ini, perlu kerap update blog kot..hehe


 

Keberadaan di Mesir mengajar aku banyak perkara untuk menerima, berubah cara fikir, belajar dari setiap orang yang aku temui terutama akhwat, orang yang paling dekat dengan aku. :’)

Pertemuan demi pertemuan dalam mauid kami, cukuplah mengajar aku untuk lebih mengenal setiap akhwat, dan melihat, mencontohi, memperbaiki, dan dijadikan teladan untuk aku lebih dekat dengan Allah, in sha Allah. 🙂 Yup, many of them are below than my age, yet I still learn a lot from them.Tundukkan Ego untuk menjadi hamba Allah yang lebih baik.

 

Sekian, bersambung…

 

Berpautlah pada Dia

Andai hati resah gelisah

Andai hati tidak tenang

Andai amal tidak seiring dengan kata

Andai diri tidak mampu menilai iman dan dosa

Bawalah diri menuju Allah

Untuk membersihkan hati

Untuk memohon keampunan

Supaya menjadi hamba Beriman yang hatinya hanya untuk Illahi.❤

 

 

Ummu Khaulah,

Hayyu Asyir.

24/2/2017

 

 

 

Hamba Allah yang Produktif

                                                                download (3)

                                                                      إِنْ أَحْسَنْتُمْ أَحْسَنْتُمْ لِأَنْفُسِكُمْ  

Jika kalian berbuat baik, sesungguhnya kalian berbuat baik bagi diri kalian sendiri

(QS. Al-Isra:7)

Sesungguhnya terlalu banyak kebaikan yang boleh dilakukan oleh mereka yang bernama manusia untuk mengejar kebaikan yang Allah janjikan, namun perlu disertai dengan niat yang betul dan bersungguh-sungguh.

Bercakap/menulis memang senang bukan?Tapi, tak mustahil..meski kadang-kadang coretan kebaikan yang ingin dibuat terlalu panjang ditulis, dan kadang-kadang ia tinggal sekadar coret kosong yang tidak membuahkan hasil.

Perkara ini sering terjadi pada diriku dek ketidakikhlasan dan juga kesungguhan yang separuh jalan..Emm..harap semua ini masih belum terlambat. Perjalanan aku di Mesir masih berbaki 1 tahun ++..mudah2an niat awal menjejakkan kaki ke bumi Anbiya’ ini masih berkesempatan untuk dicapai.

Moga setiap dari kita, masih mempunyai cita-cita dalam mengejar kebaikan yang Allah redha.

 

Terima kasih Allah. moga Allah masih memandang kita dengan pandangan rahmat-Nya.

mood menulis ketika family keluar dan Khaulah sedang tidur.

 

9.37 pm

Hayyu Asyir, Mesir

 

 

 

 

 

 

Sejauh mana Cintamu kepada- Nya?

Bismillah..

Alhamdulillah..terasa tidak terhitung nikmat Allah…apakah kita tahu dan sedar? Moga kita berada dalam golongan orang yang hidup hatinya, dan bersungguh- sungguh mendapat cinta Allah.

Bermuhasabah

Pertama sekali..nazirah mengajak kawan2 dan DIRI SENDIRI, untuk kita sama-sama kita koreksi diri..

Ya, koreksi diri..Agak2 bila kali terakhir kita mengadu, memuhasabah segala kelemahan diri kepada Allah?

Memang diri kita punya pelbagai kelemahan..dan seringkali mengulanginya untuk sekian kali…dan sekian kali…

Allah..

moga saat ini, hati kita masih terketuk untuk amik masa buat muhasabah diri, dan list out segala pembaikan yang kita hendak lakukan. Moga usaha kita menuju ke arah itu dinilai Allah..

Hakikatnya kita sentiasa lupa..bahawa kita akan dihitung, dihisap segala amalan hatta sebesar zarrah. Jom jaga niat dan amal kita. :’)

Dalam kelalaian kita,moga hati kita masih terjentik dengan kata2 iman untuk terus upkan segala kekuatan untuk mendapat cinta Allah.

FB_IMG_1424537957239

Moga hati kita dekat dengan Allah.. in sha Allah.

14/08/2015

Cukuplah Allah sebagai Penolong

Alhamdulillah.. Kenangan hari ni.

Apabila kita tidak sibukkan diri untuk membuat kebaikan,kita memang akan lalai dan futur, terutama apabila 2-3 hari terperuk kat bilik😊 Alhamdulillah, dalam kekalutan…Allah permudahkan segala urusan.

Kul 4.10 p.m gerak ke Alor Setar untuk sedikit pengisian rohani dan jasmani, then singgah ke Shahab with seorang ukhti. A bit late sampai kat rumah Dr. Muri..alhamdulillah rezeki perut sahaja yang masih ada..then, kalut2 gerak ke Jitra sebab janji makan ngan family jam 8 malam ngan cousin n mak lang.

Tepat2 maghrib sampai rumah…bagi jer ukhti pinjam keta..tapi dapat mesej daripada cousin jam 9 mlm baru kuar jalan2..terus mesej ukhti ni..kata moga selamat sampai uum..ukhti ni masih kat masjid du jitra n minta send ke uum sebab hujan n pinjam keta orang, kan..he..but no hal…hantar ja ke uum—–then patah balik ke Jitra…ukhti ni minta maap sesangat sebab dalam 8.50 baru sampai uum.but,just say TAKPA…

But, yakin…Allah akan memudahkan…walau cuak jugak sebab sepupu style on time..pecut tu jangan tanya…alhamdulillah Allah pelihara..tak habaq exactly kat sepupu kata dah sampai umah tadi n masih kat uum masa call..habaq kata adik sampai 15minit ja lagi .hihi.. Alhamdulillah..9.25 sampai umah,n terus bergerak jalan2 bawa budak2 naik keta mainan n makan.. Thank you Allah. Paling terharu..minyak yang hampir tinggal E dari Jitra..alhamdulillah boleh rotate dari jitra-uum- jitra semula..memang tawakkal habis..(lah sangat)..

Thank you allah.. “Cukuplah A llah sebagai penolong, n He has a better plan for me n for us for every journey n destination.”