Yuk, ikuti Sunnah Rasulullah s.a.w

In sha Allah, saat ini, ketika ini ingin sangat nak berkongsi pengalaman hari ini…Moga ambil yang terbaik kerana Allah, especially buat diri ini. Sebelum tu, nak buat satu kuiz! —->Apa sunnah terbesar Rasulullah s.a.w yang perlu kita ikut? Jawapan: B_R_A_W_H Rasa- rasanya boleh tahu, kan jawapannya?Alhamdulillah… Simple word, sampaikan kebaikan walu satu ayat. =) ______________________________________________________
Cuma saat ini yang dikongsikan sunnah biasa yang telah kita tinggalkan atau yang kita pernah kita buat, tapi kita kurang menghayati dengan bersungguh- sungguh..   Pernah tahu pasal berbekam?(Jeng….Jeng….)   Berbekam: Mengeluarkan darah kotor daripada badan. Nak tahu lebih, please explore(^_^) Nampak kecil kan sunnah ni, kan?tapi sangat besar ertinya…

Alhamdulillah, hari ini Allah gerakkan hati dan jasad ini untuk teman kawan usrah untuk diagnose kondisi fizikal dan dalaman di Pusat Rawatan Islam di Jitra. Tempat tersebut lebih dikenali dengan PUSPATI. Alhamdulillah, penterapi telah diagnose kemungkinan sakit- sakit yang kita alami setelah dia menyuruh kita melakukan beberapa pergerakan. Subhanallah, memang ada sakit- sakit tu walau tak beritahu. Alhamdulillah, Penterapi tersebut telah menerangkan serba sedikit tentang rawatan susulan yang perlu dilakukan. Walau agak mahal, in sha Allah sangat berbaloi kepada sesiapa yang berkemampuan.—-Kena kumpul duit dulu, or berbekam di tempat biasa dahulu.  Yang pastinya, selepas mendengar penerangan penterapi , aku terasa bersemangat  untuk mengamalkan pemakanan sunnah. Dia mengatakan tidak semua rawatan luar semestinya memerlukan rawatan pembedahan, atau potong kaki kepada pesakit diabetes, sebaliknya dengan izin Allah akan sembuh melalui rawatan intensif , salah satunya melalui berbekam, minum madu dan lain- lain kaedah (boleh cari fb PUSPATI kot). Terasa takjub, dan kagum dengan kekuasaan Allah dengan kesembuhan yang dihadapi pesakit. Kuasa Allah, kan? Kadang- kadang kita lebih percayakan ubat- ubatan doktor lagi, jika dibandingkan untuk beli madu, miyak zaitun, kismis, habbatus sauda dan lain-lain makanan semula jadi yang memang Allah ciptakan untuk kita yang bergelar hamba-Nya. Satu hal, prevention is better than cure.

Perkara yang aku tidak boleh lupakan, apabila penterapi tunjukkan sel- sel darah orang yang ada stress, dan pelbagai penyakit…memang tak cantik langsung corak sel…Namun, dengan izin Allah, jika kita istiqamah untuk mengamalkan pemakanan sunnah 6 bulan ke atas setiap hari,subhanallah sel-sel darah kita akan menjadi seperti sarang lebah. Cantik sangat, subhanallah. Tapi itulah kita, sekarang terlalu banyak pemakanan yang bercampur baur..halal tu in sha Allah,thoiban(lagi baik) makanan tu tak pastilah..Ayam yang kita makan pun, majoriti banyak yang di’cucuk’ bahan kimia..Tak campur jajan dan lain- lain. So, duhai diri, dan wanita terutamya..pilihlah makanan terbaik untuk keluarga.

Jom ubah juga pemakanan kita secara perlahan- lahan,

1. Minum madu setiap pagi, minum setengah jam sebelum sarapan. 2. Guna minyak zaitun untuk masukkan dalam masakan.
3. Minum habbatus sauda’ sebelum tidur
4. Elak pak Aji Nomoto
5.Lain-lain——jom bedah buku, dan cari informasi yang betul. (^___________^)

Antara buku yang best pasal pemakanan, dan cara hidup seharian Nabi s.a.w: 1. Pola Hidup Sihat Rasulullah s.a.w Setiap HAri, terbitan JahaBersa.

Jom Hidupkan Sunnah Nabi in our Life.  

“Ya Allah, kami memohon kasih-Mu, kasih mereka yang kasih-Mu, dan perbuatan yang menjadikan kami kasih kepada-Mu. Jadikanlah kasih-Mu, lebih kami cintai daripada diri kami sendiri, keluarga kami dan air yang dingin.”  

Wallahualam.

Allah Lebih Tahu.

Berangkatlah….

Bismillahirrahmanirrahim…

 

Jalan dakwah tidak semua orang memilihnya, dan tidak semua orang memahami dengan sebenar- benarnya. Pelajaran tentang dakwah tidak akan terhenti sampai bila- bila jika hati ingin terus tsabat di jalan ini.

Alhamdulillah, moga Allah memilih kita untuk terus tsabat(teguh) di jalan dakwah, dan berusahalah kita untuk memperbaiki diri kita dari pelbagai sudut, kerana Daie Sejati sentiasa untuk melakukan terbaik dalam setiap gerak kerja yang dilakukan walau kadang kala rasa futur(jatuh setelah kuat) acap kali mendatangi diri…

Moga kesibukan kerja, study, bersama keluarga dan lain -lain faktor terutama faktor hawa nafsu yang selesa untuk berada di zon selesa.. bukanlah alasan untuk kita meminggirkan dakwah ke tepi.

**Pesanan untuk diri sendiri

“Berangkatlah kamu baik dengan rasa ringan, mahupun dengan rasa berat, dan berjihadlah dengan harta dan jiwamu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui,”

(At -Taubah: 41)

“Katakanlah,”Jika bapa- bapamu, anak- anakmu, saudara- saudarmu, isteri – isterimu, keluargamu, harta kekayaan yang kamu khuatirkan kerugiannya, dan rumah- rumah tempat tinggal yang kamu cintai daripada berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah memberikan keputusan-Nya.” Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang – orang yang fasik.”

(At- Taubah: 24)

Ayat Allah yang kerap kali menyentap jiwa.

Muhasabah, Yuk!

“Ya Muqallibal Qulub, Tsabbit Qulubanaa A’laa Di nik wa A’laa Thoa’tik”

Hamba Allah

3 Jun 2014

12:51 a:m