Sayangi Al Quran

Bismillahirrahmanirrahim..

Siapa kata ilmu tidak penting?rata rata ada yang berpendapat belajar sedikit2 cukuplah, namun hakikat sesuatu ibadah itu mesti didasari ilmu.

Contoh, kalo baca al Quran, mungkin ada segelintir yang mampu melagukan dengan baik, tapi sejauh mana kita menghayati hukum tajwid yang terdapat dalam Al Quran?Ini antara item yang membuatkan saya sedar, bahawa boleh membaca sahaja memang tidak cukup..Takut juga jika baca, tapi makhraj tidak betul…

Saya tidak kata pada orang lain,tetapi kepada diri sendiri..

Tahu kenapa?

Sebab pernah sertai kelas tajwid yang NGO ISMA buat ketika bulan puasa 2 tahun yang lalu, ustazah minta baca 1 ayat pendek pun ada yang salah bacaan..Sentap sendiri kat situ.”Kena mengaji lagi aku ni”

Alasan bahawa sekolah rendah tidak ada KAFA,bukan satu alasan, dan saya cukup berterima kasih kepada arwah ibu dan ayah kerana menghantar saya dan adik beradik untuk mengenal huruf quran, walau tajwid tidak pernah diajar one by one.

Saya masih ingat lagi, didikan sekolah menengah saya dahulu,SBPIKP yang adakan tadarus quran sebelum ke kelas Prep setiap malam, di mana ada sorang lelaki yang akan mengetuai, dan saya belajar tahu tempat dengung, panjang pendek di situ..Belajar melalui mendengar.

SEDARKAN DIRI KITA…

Amik masa untuk set semula matlamat kita tentang mengenal al Quran ini. Lagi bagus jika kita dapat membaca terjemahannya juga.Baca dengan mulut, hayati dengan hati

Biiznillah

Wallahualam.