Tugas Murabbi@Pembina

Di dalam buku Mudahnya Menjadi Murabbi, menggambarkan tugas murabbi terbahagi kepada tiga, iaitu:

1. membacakan ayat-ayat Allah

2. Menyucikan mereka

3. Mengajarkan Isi Al-Quran dan Sunnah

Ketiga-tiga tugas ini diambil berdasarkan surah Al-Jumuah ayat 2.

Dialah yang telah mengutuskan dalam kalangan orang-orang (Arab) yang Ummiyin, seorang Rasul (Nabi Muhammad, s.aw.) dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah (yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya),dan membersihkan mereka (dari iktiqad yang sesat), serta mengajarkan mereka kitab Allah (Al-Quran) dan Hikmah (Pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum syarak). Dan sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah dalam kesesatan yang nyata. (Al-Jumuah:2)

Ana pasti, ada antara akhwat, sahabat2 yang membaca post ini, sedang dan akan meneruskan peranan murabbi/murabbiyah di sana. Alhamdulillah, moga kita terus melaksanakan amanah ini sebaiknya. InsyaAllah.

Pertama kali ana membaca buku ini, ana berkata kepada diri,”ya, aku telah diajarkan untuk membuat perkara yang serupa”, sebelum membaca buku ini. Alhamdulillah, buku ini telah menambah lagi kefahaman kenapa perlu ana berbuat sebegitu, walaupun ana tahu kita secara logik kita tahu kenapa perlu melakukan peranan tersebut kepada anak-anak halaqah.

1. membacakan ayat-ayat Allah

Tugas murabbi adalah membacakan ayat-ayat Allah, di mana yang utamanya adalah mengenalkan anak-anak halaqah dengan Al-Quran. Pertama sekali, sebagai murabbi kita perlu tahu keupayaan anak-anak usrah kita dalam membaca Al-Quran, dan berusaha meningkatkan kelancaran bacaan mereka secara bertahap.
Mungkin, kita sendiri tidaklah semahir guru mengaji atau guru tajwid, tapi InsyaAllah, Allah akan memberkati setiap usaha kita untuk dekat dengan kalam-Nya.

Kemudiannya, para binaan akan dibiasakan untuk tilawah quran, dengan target berapa bahagian juzuk setiap hari.Dan akhirnya, membiasakan mereka untuk menghafal AL-QUran sedikit demi sedikit.

Dalam buku ini, menceritakan bahawa apa yang lebih penting daripada semua amal ini adalah Taqarrub Illah, yakni: Kedekatan dengan Allah, di mana seorang daie, yang sentiasa mengamalkan amal makruf nahi munkar akan sentiasa mengharapkan pertolongan Allah dalam apa jua keadaan, kerana hakikatnya kita masih bergelar seorang HAMBA!

2. Menyucikan mereka

Yakni, menguatkan ketakwaan dan mencuba untuk menapis sikap-sikap mereka yang tidak bersesuaian dengan Islam(diri sendiri pun kena lakukan!).Murabbi seharusnya mengawal proses tazkiyatun-nafs para binaannya. Adalah penting bagi murabbi untuk mengawal/monitor amal ibadah seharian binaannya.

*Bagi ikhwah/ akhwat, tentu sedia maklum bahawa mutabaah amal dalam hidup seharian sangat penting dan perlu direkodkan dalam buku Murabiyah pada setiap kali usrah. Namun, kita harus jelas,amal tersebut MESTI dibuat KERANA ALLAH, bukan kerana murabbiyah atau sesiapa!(muhasabah)

3. Mengajarkan isi quran dan sunnah

Iaitu memperdalam pemahaman tentang Al-Quran, prinsip-prinsip Islam, dan Sunah Rasul. Dan natijah tugas ini adalah untuk memahamkan para binaan tentang Islam sebagai cara hidup. Di samping memahamkan mereka tentang syahadatain, mengenalkan mereka kepada Allah dan lain-lain.

Seterusnya adalah dengan menanamkan sikap kepedulian binaan tentang soalan dunia Islam, kondisi umat Islam dan mengajak mereka untuk mengambil peranan dalam perjuangan ini.

*muhasabah buat diri sendiri: dah cukup alert ka pasal isu semasa, Mesir?isu Kristinisiasi dan lain-lain? Chayok!*dapatkan buku ini untuk lebih menghayati(peace)

Wallahualam..

Advertisements

Susah ka Menjadi Murabbi?

Bismillahirrahmanirrahim..

Pernah dengar perkataan Murabbi @naqib@ketua usrah?Pernah mengimpikan untuk memegang usrah untuk membimbing adik2 atau rakan2?atau sedang memegang amanah tersebut?

Hum……..

Jika dahulu, mungkin ada segelintir di antara kita yang takut apabila disuruh oleh Murabiyah atau Murabbi untuk handle/pegang usrah, tapi ana yakin..ALah bisa, tegal biasa dan semestinya ikhwah/akhwat lain punya pengalaman yang lebih dari ana.

Kita semua bermula dari kosong, satu level yang tiada apa2, namun InsyaAllah, jika kita meletakkan pergantungan pada Allah, segala-gala InsyaAllah akan dipermudahkan Allah. Ana yakin, setiap orang akan digilap dahulu potensi dirinya untuk bergelar Murabbi/Murabbiyah. InsyaAllah, kita mampu membaiki potensi kita dari masa ke semasa.

Ana akui pernah mengalami perasaan itu, dan masih ada perasaan ‘takut’ dalam diri, terutama jika telah lama jarak masa yang diberi untuk berlapang or relaks ketika bergilir-gilir dengan akhwat lain untuk sampaikan tazkirah kepada adik2, walaupun, setiap minggu ada usrah wajib untuk ‘anak-anak usrah’.

Untuk semester ini, banyak yang termuhasabah. Harap- harap semester hadapan ana, dan sesiapa sahaja yang bergelar ‘mak usrah’ lebih baik gerak kerjanya. Jangan pernah lupa tanggungjawab kita sebagai mutarabbi!

Sekarang mungkin kita sedang ‘bercuti’, memandangkan masih lagi cuti semester yang panjang. Itu ana tuju buat diri ana, yang masih punya banyak kelemahan dalam pelbagai aspek.

Blog ini ana nukilkan sedikit perkongsian ana mengenai buku-buku  yang ana akan ‘bedah’.Untuk cuti ini ana telah memperuntukkan sedikit bacaan, buku bertajuk ‘Menjadi Murabbi Itu Mudah’, karya Muhammad Rosyidi dan ‘Komitmen Dai Sejati’, karya Muhammad Abduh. Mungkin ana akan banyak berteori, tapi InsyaAllah, mudah-mudahan ilmu yang disampaikan bermanfaat dan diri ini lebih kuat untuk bekerja di jalan amal.

*p/s untuk diri: belajar menulis kerana Allah.

                           Luruskan niat.