Taqwa

 

Surah al-Baqarah, ayat ke-2 : Tafsir Fi Zilal

AYAT 2-TAQWA

Hati yang hidup akan melahirkan taqwa, in sha Allah. Moga taqwa mampu ditegakkan dengan amal yang membumi kerana Allah,dan kita berusaha memahami kata “taqwa” seperti Umar al-Khattab.

Sambungan tafsiran ayat ini, turun disambung dengan:

taqwa 2

 

Masha Allah. sangat terkena dengan batang hidung diri sendiri. Dalam diri kita, memang sangat akrab dengan ujian2 ini, yang menarik kita untuk mencintai dunia berbanding ketaqwaan kepada Allah. Taqwa yang akan ‘menapis’ amalan kita sama ada kita memilih kebaikan atau keburukan dalam hidup, yang pastinya akan memberikan keputusan di Akhirat kita nanti.

Salam 7 Ramadhan 1438H.

 

-banyakkan berdoa supaya kita menjadi hamba pilihan Allah untuk bangun bermunajat kepada-Nya-

 

#projekramadan1

#bacatafsir

#hayati

 

Ramadhan ke 23

Alhamdulillah, Allah telah sampaikan kita ke penghujung Ramadhan. Walau berat hati untuk meninggalkan Ramadhan, masih banyak impian yang belum betul – betul tercapai, moga Allah masih mendengar rintihan hamba-hamba – Nya!

Ramadhan kali ini agak teruji buat diri, dengan hanya tinggal bertiga di rumah dalam kebanyakan hari di bulan Ramadhan. Terlalu banyak yang perlu dibaiki lagi, dan benar- benar termuhasabah sejauh mana ana mengejar masa,mencuri masa untuk Allah, atau terlalai untuk Allah.

Pertama- tama, sama-sama kita muhasabah sejauh mana cinta kita kepada Allah, sejauh mana sedeqah kita di masjid, mahupun buat saudara seIslam kita di Gaza?Tidak kisahlah, sama ada dalam bentuk wang ringgit, senjata doa dan lain -lain. Yang penting USAHA itu MESTI!!hu

Dalam kesibukan kerja atau belajar, ana rasa itu bukan halangan untuk kita terus beribadah, bermunajat kepada Allah, namun mungkin sebab hati kita makin jauh dari Allah, menyebabkan hati kosong, tidak rasa apa – apa. Nauzubillah. Yuk, gencarkan lain zikir kita kepada Allah, dan sentiasa bersangka baik dengan Allah dalam apa jua keadaan, Yakinlah, Allah sedang merancang yang terbaik buat diri kita.

Pesanan untuk diri sendiri dan teman,

Untuk lihat sejauh mana cinta kita kepada Allah, lihat sejauh mana kesanggupan,kesungguhan dan pengorbanan kita untuk meletakkan Allah di dasar hati.

“Allahumma A’fuwwun Kareem…..”

Salam 10 malam terakhir Ramadhan.

#Moga Ramadhan kali ini lebih baik daripada Ramadhan yang lain.