Taqwa

 

Surah al-Baqarah, ayat ke-2 : Tafsir Fi Zilal

AYAT 2-TAQWA

Hati yang hidup akan melahirkan taqwa, in sha Allah. Moga taqwa mampu ditegakkan dengan amal yang membumi kerana Allah,dan kita berusaha memahami kata “taqwa” seperti Umar al-Khattab.

Sambungan tafsiran ayat ini, turun disambung dengan:

taqwa 2

 

Masha Allah. sangat terkena dengan batang hidung diri sendiri. Dalam diri kita, memang sangat akrab dengan ujian2 ini, yang menarik kita untuk mencintai dunia berbanding ketaqwaan kepada Allah. Taqwa yang akan ‘menapis’ amalan kita sama ada kita memilih kebaikan atau keburukan dalam hidup, yang pastinya akan memberikan keputusan di Akhirat kita nanti.

Salam 7 Ramadhan 1438H.

 

-banyakkan berdoa supaya kita menjadi hamba pilihan Allah untuk bangun bermunajat kepada-Nya-

 

#projekramadan1

#bacatafsir

#hayati

 

Pulanglah kepada-Nya

Bismillahirrahmanirrahim…

Astaghfirullahala’zim(3x),

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang masih menggerakkan hati-hati kita kepada Allah, di kala kita terasa kefuturan iman, bertambahnya maksiat yang kita lakukan kepada Allah, namun Allah masih titipkan rasa belas buat hamba-hamba-Nya kerana sifat Ar-Rahman dan Ar-rahimnya Allah. Maha Suci Allah.

Alhamdulillah, pesanan buat diri ana sendiri untuk mengajak diri dan sahabat semua untuk kita terus sama-sama membaiki rasa cinta kepada Allah. Mudah-mudahan Allah beri kita kekuatan untuk zahirkan rasa cinta kepada Allah melalui perbuatan-perbuatan yang mulia. Moga Allah redha.

Jika kita fikir, memang terlalu banyak nikmat Allah, yang takkan terhitung dan terbalas oleh kita yang bergelar hamba-Nya. Jika kita mengumpulkan semua ibadah kita, nescaya semua itu hanya memadai untuk membalas sebahagian nikmat anggota yang Allah berikan, tetapi hanya dengan rahmat Allah, Allah berkuasa untuk memasukkan hamba-hamba-Nya ke dalam syurga. Subhanallah, Maha Pengasihnya Allah.

Moga dalam diri kita, akan hadirnya satu semangat untuk kita terus membaiki iman kita, amal kita dan terus mengajak setiap manusia kepada Allah. Kerana kita, semua umat Islam adalah di bawah satu aqidah!

Mari kita cantas karat-karat maksiat yang masih membelenggu diri!

“Dan orang-orang yang berjihad untuk(mencari keredhaan) Kami ,Kami akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sungguh, Allah beserta orang-orang yang berbuat baik.”

(Al-Ankabut:69)