Hakikat sebuah keimanan

Bismillahirrahmanirrahim…

Segala pujian bagi Allah atas segala nikmat yang Allah berikan yang kadang kala ada yang kita terlepas pandang untuk mensyukurinya;’)

scale

RENUNGI SEMULA….

Di sebalik waktu yang berlalu, pernahkah kita..merenung semula setiap detik yang berlalu?

Mari fikirkan…

  • apa yang aku dah buat ya?
  • salah ke tak?adakah mematuhi perintah Allah atau mengikut hawa nafsu?
  • Dapat redha Allah atau manusia?

Hakikat sebuah keimanan adalah Amal;’)

Ya, kita mengakui adanya Allah, adanya Rasullullah s.a.w dan semua hakikat-hakikat lain. Tapi, tanpa disusuli dengan amal, ia sia-sia..

ليس الایمان بالتمنى ولا بالتحلى ولكن هوماوقر فى القلب وصدقه
العمل.
“Iman itu bukanlah angan-angan dan juga bukan perhiasan: tetapi Iman itu adalah sesuatu yang menetap di dalam hati, dan dibenarkan dengan amal.”
(H.R. Ad Dailami)

Subhanallah, sangat deep hadis ni..betapa antara kita ramai yang ‘tahu’ tapi ‘tak sedar’..makna kata, tidak mengamalkan semula apa yang diketahui. Ilmu yang diketahui hanya dibiarkan bermain sekitar akal-hafal, ingat…..tapi tidak dihayati dengan ‘HATI’..

UBAT HATI

ubat hati

Dalam usrah, 5 perkara ini sering ditekankan. 5 Ubat hati, untuk kita berusaha melakukannya, di samping menunaikan tuntutan yang lain seperti belajar, bekerja dan lain- lain.

  • baca quran dan maknya
  • berkumpulan dengan orang soleh
  • perbanyak berpuasa
  • berzikir pagi dan petang
  • Bangun malam

Ya, memang rasa susah semua ini, kerana memerlukan sebuah kekuatan MUJAHADAH! Yang penting kita terus berusaha, sehingga Allah melihat usaha kita, membekati usaha kita, dan membuatkan kita istiqamah dengan perbuatan itu;) Jangan ragu-ragu dengan kekuatan sebuah doa. Ayuh, orak langkah kita, berubah kerana Allah!

“Dosa-dosa ku kelihatan terlalu besar buatku, tapi setelah kubandingkan dgn keampunanMu, ternyata keampunanMu jauh lebih besar.”

– (Imam syafie)

Kelebihan-Istighfar

TINDAKAN SETERUSNYA…

1. CHECKLIST IMAN

Adalah penting untuk kita selalu mengevaluasi diri kita, jadi seorang yang lebih spesifik dalam hal ini. Di akhirat kelak, kita akan menatap semula dan ditayangkan semula amal-amal kita di dunia..Di dunia pun, ada banyak perkara yang kita lupa…akan terbitlah kata-kata..

“EH, bila masa aku buat ni..tak ingat pun”

Allah;’) kat akhirat takkan terlepas setiap perkara..semua dalam perhatian Allah.

Al-Kahf:49 – Dan “Kitab-kitab Amal” juga tetap akan dibentangkan, maka engkau akan melihat orang-orang yang berdosa itu, merasa takut akan apa yang tersurat di dalamnya; dan mereka akan berkata:” Aduhai celakanya kami, mengapa kitab ini demikian keadaannya? Ia tidak meninggalkan yang kecil atau yang besar, melainkan semua dihitungnya!” Dan mereka dapati segala yang mereka kerjakan itu sedia (tertulis di dalamnya); dan (ingatlah) Tuhanmu tidak berlaku zalim kepada seseorangpun.

  1. LETAK TARGET
  2. BERBUAT
  3. DAN TERUS BERBUAT

Wallaualam..

Sekadar muhasabah untuk diri sendiri dan teman-teman. Allah sedang tunggu kita untuk kembali kepada-Nya.  Bergeraklah.

*perkongsian: writing time 20-25 m sebelum start buat assignment semula..

doakan saya dan semua;)

Siti Nazirah Mohammad Nawawi

7.51 a.m

UUM

Sejauh Mana Nilai Ilmu dalam dirimu?

Bismillahirrahmanirrahim..

Hari ini agak bermakna bagiku:) Berjuang juga pi Usrah Wanita ISMA dengan Kak Alia..First time, dalam kereta dalam tempoh setengah jam tu tak termasuk waktu pulang ke UUM, aku menadah telinga mendengar coret-coret bacaan dan perkongsian daripada Kak Alia.. terharu pun ada:’) sebab sebelum ni selalu mata fokus ke depan ja, atau dengar cd ja…especially aku ni style focus time memandu,dulu lagi dahsyat tak boleh bising- bising.(+_=)..tapi pendam ja dalam hati, sebab bawak mad’u, kan?ngeh3..sekarang dah lain…

Oppps…terlajak..(back to story..)

Kak Alia, terasa kagum dengan ilmu yang Allah beri kat dia belajar sepanjang master..daripada seorang yang amik degree Chemistry kepada Master in Pendidikan Psycology.. betapa dia bersungguh-sunggu..sampai aku ternampak dia membaca buku “Dewan Masyarakat” masa aku baru turun….(percaya tak?)—kena amik aura positif dengan orang camni…

Tetiba terbayang kat kepala….Would I be like her?duk pegang slide, bacaan subjek international accounting everywhere(sambil imagine…) ;3 in sha Allah, tak da yang mustahil kan?

Sepanjang perjalanan ke Jitra, dia cerita mengenai sejarah barat bagaimana mereka yang dulu takkan bagi perempuan untuk bekerja, tapi sampai satu ketika selepas perang salib, depa terpaksa pi berperang, dan perempuan bekerja…Apabila balik dari peperangan, perempuan still tak nak mengundur dari bekerja….Actually, betapa barat dah nampak keperluan kita, sebagai seorang wanita untuk menjadi suri rumah dan mendidik anak- anak sampai berjaya…

Point pasal keperluan wanita di rumah vs bekerja banyak yang Kak Alia..kalo ikut hati, memang nak jadi suri rumah/kerja dari rumah ja;’) Tak lupa pasal keberkatan dalam rumah tangga, yang kadang-kala berlaku porak-peranda dalam rumah disebabkan perempuan terasa ‘gah’ apabila suami kerja gaji kurang, dan lain-lain faktor…(nau’zubillah..) Betapa Islam dah beri guidelines yang terbaik dalam hal ni..

Memang banyak Kak Alia share….kalau tulis memang panjang(memandangkan ni nak cover mengantuk masa menaik assignment;3)—-rasa dah kurang ngantuk..tak qailullah hari ni..hu

So, sama2 kita menilai ilmu dalam diri, bukan sekadar pi kelas dan balik…memandangkan diri ni agak kerap lupa kata azimat Lecturer, Kak Alia pesan lepas kelas tulis dalam blog, dan kongsi apa yang dapat….in sha Allah, I will try;)

Jzkk kerana meluangkan masa membaca…

Sila baca blog kak Alia :http://aliabasirah.blogspot.com

**entry yang sangat bagus;)

Jom koreksi nilai ilmu kita, dan manfaatkan untuk ummah..

Moga Allah ampuni dosa kita atas memandang kecilnya nilai ilmu, dan tidak berusaha bersungguh untuk mendalaminya.;’)

**maap, banyak emoticon..

Siti Nazirah Mohammad Nawawi

12:10 a.m

UUM

Refresh Agenda Kita dan Berkorbanlah!

Bismilllahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah, hari ini Allah beri kesempatan untuk sertai Training of Trainer dengan adik- adik UUM. Terasa “how very time flies……………”(=_=)…dan tiba-tiba teringat masa zaman awal- awal masuk universiti dan pengalaman nak approach buat program..

Ya, ia adalah satu cabaran untuk membuat sesuatu yang baru…yet, it is not possible, kerana mungkin usaha kita masih 30%,50% atau….0%….(Allahu rabbi….)..Apapun, usaha kena seiring dengan doa.

Melalui bengkel ini, teringat zaman dahulu..awal-awal masuk universiti(semester 2 atau 3)…berulang- alik ke HEP, dan Pusat Islam untuk handle program. It quite difficult after the process of having program kat UUM must deal with HEP first, compared the older version, kalau nak buat di Pusat Islam, just hantar surat dan paper work ke Pusat Islam.

Teringat usaha yang sedikit untuk buat program fasal isu Mesir tidak berhasil setelah jumpa dengan wakil HEP..dan kawan secourse accounting-hani yang rajin teman dan bagi kata semangat..(tq dear…)teringat juga pada Ukhti Arifah, Ukhti Hannan-satu batch, dan para Akhwat senior :’)Jzkk.(nak nangis sera..)

Semester lepas pun try masuk buat program kat asrama…Presiden satu asrama dah macam interest nak join venture, tapi tak lepas kat HEP tak lepas…akhwat lain try kat asrama lain, berjaya joint venture…alhamdulillah…

It’s never too late…moga Allah ganti barisan pelapis yang lebih baik dan selamat berjuang adik-adik. Mantapkan ukhwah sesama akhwat, perkemaskan vision, dan perlengkapkan diri dengan TAQWA sebagai perisai. In deed, memang kejayaan sesuatu organisasi bergantung pada KEIMANAN, KETAQWAAN, dan KESUNGGUHAN ahli-ahlinya seperti dalam perang Badar..walau sedikit, tetapi kekuatan kualiti TAQWA itu yang penting. .

Duhai adik-adikku, Allah telah memilih  kalian dan kita untuk berada di barisan dakwah ini, jangan hesitate dengan kemampuan yang Allah berikan, dan BERKORBAN(tadhiyah)lah untuk mencapainya. Tanpa pengorbanan-masa, tenaga, harta dan lain-lain, it is USELESS.

Ayuh, perbetul niat, letak agenda ini dalam senarai checklist dan terus berbuat. We are in one team.

Moga Allah redha.

Sayang adik-adik kerana Allah ;’)

Saya sayangkan PEMBINA 🙂

PEMBINA: Peneraju Arus Mahasiswa

Target: Perkemas Tanzim dan tubuhkan PEMBINA UUM

Epilog Silam

 Sebuah lagu yang sangat syahdu(T_T)
Album : Erti Pengorbanan
Munsyid : Haikal
http://liriknasyid.com

Dalam mengenang kisah hidup silam

Ku sedar dari kesilapan lalu
Tuhan beratnya dosa-dosaku
Masihkah ada ampunan buatkuTuhan…Dalam menempuh hidup ini
Banyaknya dugaan datang menguji
Tuhan…Ada yang dapatku gagahi
Dan ada yang gagal kuhindariTuhan…Dosaku menggunung tinggi
Tapi taubatku tak kutepati
Tuhan…Rahmat-Mu melangit luas
Terlalu sedikit kubersyukur

Kini kukembali pada-Mu
Mengharap maghfirah dari-Mu
Mogakan terampunlah dosa-dosaku
Biarpun ujian melanda
Ku tetap berkasih pada-Mu
Kerna kuyakin kasih-Mu
Kekal tiada sudahnya…

Jom berubah menjadi hamba Allah yang lebih baik=)

Allah Sumber Kekuatan

Bismillahirrahmanirrahim..

(Mood menulis setelah lama…)

Alhamdulillah, just finish usrah session with adik2:)

Banyak benda yang rasa dapat malam ni daripada slot dengan adik2..cuba belajar untuk hadam bahan sebelum jumpa depa, mengenali kerenah mereka, masalah mereka, potensi mereka, dan macam2 lagi…

Dalam ketegasan, kena ada kelembutan untuk lebih mengenali mereka…dan asah potensi mereka..

Kebersamaan dengan mereka..masih sedang diusahakan….

Banyak benda yang ditanya, mengenai segala permasalahan study terutamanya…sudut pengurusan masa..(amat terasa dengan diri ini)…

Apa2 pun segala2nya kita pulangkan kepada Allah, segala masalah kita…

That is the best solution..Biar kita banyak berbicara dengan Allah..

Allah sebaik2 Pemberi Kekuatan..itu ja boleh cakap..
Moga ukhwah ini menjanjikan seinfiniti cinta Allah..
Tips: Jika rasa serabut buat assignment, paling senang-amik wuduk, baca quran @ solat istikharah..

Tak tau nak cerita apa hasilnya, tapi DAH BUAT, baru kita sendiri akan RASA PERBEZAANnya:)
“Ingatlah dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang..”(Ar-Ra’d:28)
Wallahua’lam..

Allah lebih tahu.

Pengorbanan, Kesatuan Hati: Satu Kemestian…

Bismilahirrahmanirrahim…

JALAN DAKWAH?

Jalan dakwah memerlukan banyak pengorbanan…

Pengorbanan seorang murabiyah, seorang mutarabbi, seorang mad’u, seorang hamba Allah….

Kebanyakan manusia seperti saya, masih berkira-kira dengan masa untuk meluangkan masa berusrah, berprogram hujung minggu…

Walhal…terlalu banyak yang dibazirkan untuk sesuatu yang tiada nilai…

“menonton televisyen, movies, baca novel, termenung………etc…….”

Tapi, untuk bahagian itu, kita tidak pernah berkira- kira, bukan???

Siapa yang sanggup, sila angkat tangan;)

Untuk yang bergelar daie, saya yakin….banyak perkara yang lebih baik yang telah berubah lantaran terjebak dalam tarbiyah, kan?-Moga kita tidak kembali ke era zaman tok nadok..

Tapi, untuk membawa, mengajak orang lain kepada Allah……..

Ya,amat diakui sangat memerlukan iman yang mapuh, kencang…Orang selalu kata…Hati hanya Allah yang pegang, kita hanya berusaha….

Tapi,sejauh mana kesungguhan hati kita untuk  BERSUNGGUH-SUNGGUH MENGAJAK manusia kepada Allah..Masih terlalu banyak alasan yang diberikan…

“alamak, tak da geng lah nak pi edar flyers”

“kak tu tak kontek edar flyers pun..tak pa kot…”

Itu mungkin dialami oleh diri ini sendiri…

TINDAKAN:KENA BERUBAH!Buat kerana Allah.

Satu hal yang membuat diri ini terharu…masih ada orang yang selalu menyokong kita dari belakang..mereka2 yang memahami jalan di medan itu..

Ternyata, apabila ukhwah ini menyatu..benda yang susah terasa ringan, terasa mudah…rasa

“jom esok buat lagi”

Alhamdulillah..

“Ya Allah, tautkan hati ini di jalan-Mu, dan terus berbuat kerana-Mu…Jadikanlah hati terus menerus mengajak manusia kepada-Mu dan bersungguh-sungguh..Maafkan atas segala ketidaksungguhan kami untuk menarik manusia-manusia yang jauh dari-Mu..(amin..)