Hakikat sebuah keimanan

Bismillahirrahmanirrahim…

Segala pujian bagi Allah atas segala nikmat yang Allah berikan yang kadang kala ada yang kita terlepas pandang untuk mensyukurinya;’)

scale

RENUNGI SEMULA….

Di sebalik waktu yang berlalu, pernahkah kita..merenung semula setiap detik yang berlalu?

Mari fikirkan…

  • apa yang aku dah buat ya?
  • salah ke tak?adakah mematuhi perintah Allah atau mengikut hawa nafsu?
  • Dapat redha Allah atau manusia?

Hakikat sebuah keimanan adalah Amal;’)

Ya, kita mengakui adanya Allah, adanya Rasullullah s.a.w dan semua hakikat-hakikat lain. Tapi, tanpa disusuli dengan amal, ia sia-sia..

ليس الایمان بالتمنى ولا بالتحلى ولكن هوماوقر فى القلب وصدقه
العمل.
“Iman itu bukanlah angan-angan dan juga bukan perhiasan: tetapi Iman itu adalah sesuatu yang menetap di dalam hati, dan dibenarkan dengan amal.”
(H.R. Ad Dailami)

Subhanallah, sangat deep hadis ni..betapa antara kita ramai yang ‘tahu’ tapi ‘tak sedar’..makna kata, tidak mengamalkan semula apa yang diketahui. Ilmu yang diketahui hanya dibiarkan bermain sekitar akal-hafal, ingat…..tapi tidak dihayati dengan ‘HATI’..

UBAT HATI

ubat hati

Dalam usrah, 5 perkara ini sering ditekankan. 5 Ubat hati, untuk kita berusaha melakukannya, di samping menunaikan tuntutan yang lain seperti belajar, bekerja dan lain- lain.

  • baca quran dan maknya
  • berkumpulan dengan orang soleh
  • perbanyak berpuasa
  • berzikir pagi dan petang
  • Bangun malam

Ya, memang rasa susah semua ini, kerana memerlukan sebuah kekuatan MUJAHADAH! Yang penting kita terus berusaha, sehingga Allah melihat usaha kita, membekati usaha kita, dan membuatkan kita istiqamah dengan perbuatan itu;) Jangan ragu-ragu dengan kekuatan sebuah doa. Ayuh, orak langkah kita, berubah kerana Allah!

“Dosa-dosa ku kelihatan terlalu besar buatku, tapi setelah kubandingkan dgn keampunanMu, ternyata keampunanMu jauh lebih besar.”

– (Imam syafie)

Kelebihan-Istighfar

TINDAKAN SETERUSNYA…

1. CHECKLIST IMAN

Adalah penting untuk kita selalu mengevaluasi diri kita, jadi seorang yang lebih spesifik dalam hal ini. Di akhirat kelak, kita akan menatap semula dan ditayangkan semula amal-amal kita di dunia..Di dunia pun, ada banyak perkara yang kita lupa…akan terbitlah kata-kata..

“EH, bila masa aku buat ni..tak ingat pun”

Allah;’) kat akhirat takkan terlepas setiap perkara..semua dalam perhatian Allah.

Al-Kahf:49 – Dan “Kitab-kitab Amal” juga tetap akan dibentangkan, maka engkau akan melihat orang-orang yang berdosa itu, merasa takut akan apa yang tersurat di dalamnya; dan mereka akan berkata:” Aduhai celakanya kami, mengapa kitab ini demikian keadaannya? Ia tidak meninggalkan yang kecil atau yang besar, melainkan semua dihitungnya!” Dan mereka dapati segala yang mereka kerjakan itu sedia (tertulis di dalamnya); dan (ingatlah) Tuhanmu tidak berlaku zalim kepada seseorangpun.

  1. LETAK TARGET
  2. BERBUAT
  3. DAN TERUS BERBUAT

Wallaualam..

Sekadar muhasabah untuk diri sendiri dan teman-teman. Allah sedang tunggu kita untuk kembali kepada-Nya.  Bergeraklah.

*perkongsian: writing time 20-25 m sebelum start buat assignment semula..

doakan saya dan semua;)

Siti Nazirah Mohammad Nawawi

7.51 a.m

UUM

Leave a comment